SEJAK memegang status duda, dunia Kamal Adli memang berubah 180 darjah. Populariti yang diraih memang luar biasa dan dikatakan semakin kelakar!
Bukan itu saja, gelagat yang semakin aktif dalam platform Threads juga dilihat berbeza dengan Kamal dulu, semakin mesra dengan peminat dan banyak benda dibualkan.
Sayangnya, tidak semua selesa dengan perkara tersebut apabila ada yang dakwa Kamal nak jadi raja dalam Threads dan mahu mengulas banyak isu.
Pelik juga bila muncul tuduhan begini sebab setahu Diva, Kamal tidaklah mengganggu pihak lain dan umum tahu perangainya suka bergurau.
Tidak berdiam diri, Kamal pula bersuara meminta individu tersebut bertenang bahkan apa yang disuarakan adalah hanya mengenai dirinya termasuk isu idah.
“Jangan marah-marah, saya muat naik untuk diri sendiri dan emosi waktu ini.
“Kemudian, tiada siapa nak jadi King of Threads dan saya tak pernah declare pun,” katanya.
Biasalah tu Kamal, bukan semua suka apa yang kita buat, haters memang ada di mana-mana. Teruskan jadi diri sendiri dan hiburkan warga Threads.
DIVA: Teruk betul kesan botoks kat wajah seorang artis popular, habis hilang segala emosi, kejung.
