KETIKA ramai sebak dengan kisah menyayat hati pelakon Amyza Aznan yang berdepan kehilangan anak sulungnya, Allahyarham Andre Mikhail, terdapat insiden yang membuatkan netizen naik geram.
Semua berpunca daripada pelakon Aida Aris yang dilihat tergamak melakukan siaran langsung sewaktu Amyza dalam keadaan cukup pilu.
Dalam sesi berkenaan, Aida duduk di sebelah Amyza yang berada di sisi jenazah. Bukan menenangkan Amyza, Aida malah ralit membaca komen-komen netizen.
Ramai tidak berkenan dengan tindakan Aida yang disifatkan kurang manis serta tidak beradab berbuat sedemikian ketika semua sedang sedih.
Malah rata-rata yang masuk ke siaran langsung aktres berusia 53 tahun menitipkan teguran agar dia menghormati Amyza seisi keluarga.
Betul teguran netizen itu. Nak berkongsi perkembangan pun perlu berpada-pada, kena jaga sensitiviti.
DIVA: Bekas isteri seorang selebriti nampaknya sudah bertemu jodoh baharu.
