SETIAP kali tiba bulan Ramadan, media sosial pasti dilambakkan dengan konten pempengaruh media sosial bukan beragama Islam belajar berpuasa.
Ada yang menyambut baik tetapi terdapat juga kurang selesa kerana didakwa menunggang agama Islam untuk konten media sosial.
Dalam kebanjiran kecaman netizen, terselit satu komen yang buat Diva rasa sangat bersetuju sekali iaitu komen daripada pendakwah bebas, Amin Idris. Komennya berbunyi:
Biarlah, bagi mereka rasa keindahan puasa Ramadan. Selagi mereka tak hina agama Islam, okeylah itu. “Kerja kita adalah tunjukkan akhlak yang baik hasil didikan Ramadan. Itu juga dakwah.
“Hidayah bukan kerja kita, tapi urusan Allah. Jangan buat kerja Allah.”

TANGKAP layar Amin membalas komen seorang pengguna Thread berkenaan pempengaruh bukan Islam rancak memuat naik konten Ramadan.
Fikir-fikir balik, memang betullah kata Amin Idris. Kita umat Islam, jangan terus menghentam. Selagi tidak menyentuh sensitiviti, kita lihat dan layan.
Jangan buat agama nampak buruk disebabkan kecaman dan kata-kata negatif sendiri, ingat ya.
DIVA: Tengah pening nak hadam lagu-lagu raya baharu.
