PEMERGIAN anak pelakon Amyza Aznan, Andre Mikhail akibat kanser paru-paru pada Isnin lalu membuatkan seluruh negara bersedih.
Namun, di sebalik rasa duka tersebut, ramai menzahirkan rasa kagum terhadap sokongan dan kebersamaan yang diberikan Didie Alias kepada sahabatnya itu.
Semangat setia kawan tersebut membuatkan nama Didie meledak dan menjadi bualan hangat netizen sejak beberapa hari lalu.
Rata-rata netizen memuji Didie yang sentiasa berada di sisi Amyza membantu menenangkan ketika melalui fasa kehilangan anaknya.
Ini sosok seorang kawan baik yang semua perlukan. Terima kasih mummy Didie sebab sentiasa berada di samping Amyza.
“Tabik dengan mummy Didie sebab jadi selebriti paling awal tiba di hospital, tidak sibuk rekod video, naik van jenazah dan jadi tempat berpaut ketika tidak bermaya,” puji netizen. – HIBGLAM
