3
BEBERAPA hari lalu tular dalam media sosial perkongsian seorang individu berkongsi momen gembiranya apabila menerima sebekas karipap daripada Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menariknya, karipap tersebut merupakan hasil air tangan Siti dan diberikan secara percuma kepada mana-mana individu yang sudi mengambil di kediamannya di Kuala Lumpur.
“Dalam siaran langsung Siti beritahu nak bagi karipap kepada yang sudi datang ambil di rumah.
“Hujan pun aku sanggup redah. Terima kasih Tok Ti belanja karipap untuk berbuka nanti. Sumpah macam tak percaya dapat makan air tangan Biduanita Negara,” kata individu tersebut dalam Threads.
Perkongsian tersebut meledak dalam media sosial sehingga ramai yang turut teruja mahu mendapatkan karipap tersebut. – HIBGLAM
