‘Doktor minta keluarga bersedia, tolong doakan anak saya’

BERHADAPAN detik cemas, pelakon Amyza Aznan merayu seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan anak sulungnya, Andre Mikhail yang difahamkan semakin kritikal di Hospital Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran InstaStory, Amyza, 51, mencari mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif tampil membantu meyelamatkan nyawa putera tercinta.

“Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ibu kepada Andre Mikhail yang kini berada di hospital.

Tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai tolong ikhtiar dengan apa sahaja perubatan.

“Sesiapa yang pandai perubatan alternatif ke jarak jauh, saya perlu bantuan anda sekarang. Tolong!,” katanya dalam InstaStory.

Lebih memilukan, pelakon drama Bawah Payung Awan itu mendedahkan pihak hospital meminta ahli keluarga untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Doktor suruh keluarga bersedia. Ya Allah, tolonglah kepada sesiapa yang bijak, pandai dan hebat dalam bidang selain hospital,” ujarnya lagi.

Tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20,  menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Lebih mengejutkan ramai, pada Ramadan pertama dia sekali lagi diuji dengan perkhabaran menyayat hati anak keduanya, Adrian Adam pula disahkan menghidap kanser tulang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok