Zul Ariffin solat di stesen minyak pun netizen kecoh

BARU-BARU ini tular hantaran seorang individu meluahkan rasa kagum terserempak dengan aktor Zul Ariffin menunaikan solat di sebuah stesen minyak di Tangkak, Johor.

Bukan di masjid besar atau lokasi eksklusif, sebaliknya hanya di surau kecil dan sempit.

“Semalam suami berhenti solat di situ, kemudian nampak Zul Ariffin solat dalam surau kecil itu,” tulisnya.

Perkongsian tersebut segera mengundang pelbagai reaksi malah netizen memuji pelakon bertubuh sasa itu wajar dicontohi kerana menjaga ibadah walau di mana berada.

Di sebalik pujian melambung itu, Diva sedikit terpinga-pinga. Bukankah solat kewajipan umat Islam? Mengapa perlu terlalu terkejut hanya kerana seorang artis bersujud di surau kecil stesen minyak?

Apa pun, dalam dunia hiburan penuh cerita sensasi, momen sederhana begini mungkin menyentuh hati ramai. Barangkali masyarakat semakin dahagakan contoh yang baik daripada figura popular.

DIVA: Sudah masuk tiga hari berpuasa, meriah media sosial selebriti dengan aktiviti Ramadan masing-masing.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok