Serasi bersama, ramai sokong #QueLaFazDenganBismillah?

Dunia maya tiba-tiba jadi taman bunga apabila nama pelakon, Que Haidar dan Fazura meletup susulan keakraban luar biasa selepas bergandingan sebagai duta jenama pakaian.

Bukan sahaja profesional, aura dua figura popular itu menyinar sehingga netizen mula memasang angan-angan sendiri.
Siap cipta tanda pagar romantik #QueLaFazkanDenganBismillah seolah-olah mahu merasmikan pasangan khayalan mereka.

Dalam Threads, ruangan komen bertukar jadi gelanggang sorakan. Ada terhibur melihat balasan santai kedua-duanya, ada pula terlebih teruja sampai merancang masa depan.

Diva akui, kombinasi karisma matang Que dan pesona lembut Fazura ada ‘feel’ tersendiri, cukup untuk buat peminat tersenyum sampai ke telinga depan skrin.

Namun setakat ini, tiada sepatah pun pengesahan daripada tuan badan sama ada sekadar keserasian sebagai rakan sekerja tau lebih daripada itu.

Bagi Diva kalau hanya gimik, kemas sungguh susun langkah. Namun, kalau betul wujud rasa suka, melompat rianglah netizen yang berharap Que dan Fazura benar-benar bercinta.

DIVA: Teringat Fattah Amin dan Amira Othman yang awalnya rakan sekerja, kini sudah jadi teman serumah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok