Siti Nurhaliza ‘six seven’ dengan Oddah, nampak sebaya

SEJAK kebelakangan ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilihat kerap memuat naik konten dengan anak-anaknya.

Macam-macam gelagat lucu yang dapat dilihat dan terbaharu Siti bersama Auddra atau Oddah pula!

Menerusi video yang dimuat naik Oddah, Siti dan anak angkatnya itu melakukan trend ‘six seven’ bersama.

Video tersebut membuatkan ramai terhibur bahkan ada yang berpendapat Siti kelihatan sebaya dengan Oddah.

“Alamak Siti sudah terjebak trend ‘six seven’, macam gen Z!

“Gabungan paling dinanti-nanti ramai, dah tengok video ini berulang-kali,” usik netizen.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok