1
DALAM lambakan konten media sosial mengenai lagu dan baju raya, terselit sebuah video mengusik emosi ramai baru-baru ini.
Dalam video tersebut, anak ketiga Shuib iaitu Ariq Matin dilihat mencium batu nisan pusara ibunya, Allahyarham Siti Sarah ketika membersihkan kawasan sekitar bersama nenek dan datuknya, Siti Fatimah dan Raisuddin Hamzah.
Dalam satu perkongsian, ramai naik sebak apabila ketika Matin mencium batu nisan dan bersungguh-sungguh membersihkan batu di pusara ibunya.
Video tersebut meraih lebih 1.3 juta tontonan dalam TikTok. – HIBGLAM
