‘Parah hidup seorang diri, saya tak berjaya bangun sahur’

PELAKON Kamal Adli mendedahkan dia terlepas bangun sahur di hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa.

Menerusi hantaran dalam Threads, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40, akui sebelum ini dia sudah terbiasa dikejutkan untuk bangun sahur.

“Maaf cakap. Penggera tak bunyi atau penggera bunyi tetapi penggera saya yang pergi sahur sendiri. Yang penting saya tak sahur hari ini.

Maaf tak berjaya bangun sahur. Parah rupanya sorang sorang ni. Sebelum ini selalu dikejut.

“Selamat berpuasa semua. Saya puasa juga sama-sama okey. Hari pertama menahan geram,” tulisnya.

Sementara itu menjengah ruangan komen, rata-rata netizen simpati dengan nasib pelakon filem Takluk itu yang terlepas sahur pertamanya.

Malah ramai yang menawarkan diri untuk menjadi penggera kepada bekas suami pelakon Uqasha Senrose itu.

Kalau macam tu beri nombor telefon kepada saya. Saya tolong kejutkan sahur,” komen netizen.

Ada juga netizen yang mencadangkan agar Kamal tinggal bersama keluarganya sepanjang bulan Ramadan agar dia tidak keseorangan.

Untuk rekod, Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu pada 12 Januari lalu selepas empat tahun hidup bersama. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Uqaira yang kini berusia 2 tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok