‘Latih Eidrees puasa, kalau dia nak berbuka saya bagi’

“TAHUN ini saya baru nak latih Eidrees berpuasa, mahu cuba.”

Demikian perkongsian pelakon jelita, Anzalna Nasir yang mula mendedahkan putera sulungnya, Mohamad Eidress, 7, dengan ibadah berpuasa.

Bagaimanapun, Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Md. Nasir, 38, tidak meletakkan sebarang paksaan sebaliknya membiarkan Eidrees belajar mengikut kemampuannya sendiri.

“Sebab baru nak latih dia, kalau dia nak berbuka, saya bagi saja sebab dia masih kecil.

“Tapi saya kenalah mula awal,” katanya kepada HibGlam.

Berkongsi lanjut, pelakon drama Aku Isterinya itu mendedahkan keinginan untuk berpuasa lahir dari rasa ingin tahu Eidress apabila melihat rutin harian ibu bapanya setiap kali tiba Ramadan.

“Perbualan menjanjikan ganjaran kalau puasa penuh, belum mula lagi.

“Sebelum ini dia tengok saya berpuasa dia akan tanya ‘kenapa mommy dan daddy berpuasa’ dan dia pun nak puasa,” ujarnya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua cahaya mata itu berhasrat membantu golongan memerlukan sepanjang bulan mulia ini.

“Harap dengan rezeki Allah bagi, saya boleh kongsi dengan ramai orang pada bulan puasa tahun ini,” tuturnya.

Terdahulu, Anzalna dan Muhammad Hanif Zaki mendirikan rumah tangga pada 2016.

Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Eidrees, 7 dan Mohamad Emirhan yang kini berusia empat tahun. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok