Anak kedua saya pula disahkan kanser tulang – Amyza Aznan

SETAHUN selepas anak sulung, Andre Mikhail didiagnosis kanser paru-paru, pelakon Amyza Aznan sekali lagi diuji dengan perkhabaran menyayat hati apabila putera keduanya, Adrian Adam disahkan menghidap kanser tulang.

Lebih memilukan, berita hiba tersebut diterima pada bulan Ramadan dan juga bulan kelahiran anaknya, situasi yang hampir sama dialami Amyza, 51, ketika Andre disahkan pesakit kanser.

“Hari ini Ramadan pertama, di bulan Februari, bulan kelahiran anak-anak saya.

“Sama yang berlaku tahun lepas, bulan Ramadan dan pada bulan kelahiran anak saya Andre Mikhael disahkan kanser paru-paru.

Tahun ini, pada bulan Ramadan dan Februari, bulan kelahiran anak saya Adrian Adam pula disahkan kanser tulang,” katanya dalam Threads.

Sebagai ibu, pelakon drama Bawah Payung Awan itu mengakui sukar menggambarkan perasaannya apabila terpaksa berdepan ujian kesihatan dua permata hatinya.

Saya manusia dan juga ibu, ada berbagai rasa tapi tak terluah dan takut untuk meluah,” tuturnya.

Sebelum ini, Andre dimasukkan ke Hospital Ampang sebelum doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan pada bahagian paru-parunya.

Amyza kemudian mengesahkan anak sulungnya menghidap kanser paru-paru tahap tiga. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok