Saya tak okey, tolong hormat kehidupan peribadi saya – Jazmy Juma

BERHARAP kehidupan peribadi dihormati, pelakon Jazmy Juma menegur individu yang melemparkan kata-kata melampau di media sosial sekali gus mencetuskan gangguan.

Jazmy atau nama sebenarnya, Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkata kerjaya seni serta hal privasi merupakan dua perkara berbeza yang tidak boleh dicampur adukkan atau dicerobohi.

“Saya tak okey. Saya nak mintak segelintir orang tolong hormat saya. Tolong hormat kehidupan peribadi saya.

“Kerja saya dengan kehidupan peribadi adalah dua perkara yang berbeza. Jadi, tolong hormat.

“Tolong jaga kata-kata anda semua. Saya tak pernah bercakap macam ini. Saya selalu gembira saja,” katanya dalam perkongsian video di TikTok.

Muncul dengan wajah sugul, bakat yang dicungkil menerusi program pertandingan Hero Remaja edisi 2020 itu membuatkan ramai peminat bimbang.

Begitupun, Jazmy tidak memperincikan lebih lanjut kata-kata keterlaluan yang dimaksudkan itu, mahupun identiti pihak berkaitan.

Namun, pelakon drama bersiri Hilang Dalam Rindu menzahirkan kesyukuran kepada mereka yang sentiasa memberikan sokongan.

“Tapi kali ini saya terpaksa bersuara. Saya harap sokong saya secara ikhlas.

“Terima kasih yang sokong saya secara ikhlas dan jujur,” ujarnya.

Terdahulu, Jazmy pernah didakwa berlagak selain dikatakan meletakkan harga tinggi, namun tuduhan tersebut dinafikannya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok