Belum ada rezeki bagi Aisha adik, insya-Allah 2027 – Fasha Sandha

BELUM rezeki, pelakon Fasha Sandha mendedahkan hasrat untuk memberikan adik kepada anak bongsunya, Aisha Amaira terpaksa ditunda.

Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan, 42, menjelaskan dia dan suami, Aidil Aziz merancang untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya sepanjang tahun ini sebelum kembali merancang untuk menambah ahli keluarga.

“Allah belum bagi rezeki untuk Aisha dapat adik ‘baby’.

Tak ada rezeki lagi. Tidak mengapa, sabar ya sayang, 2027 insya-Allah.

“Kita cuti 2026, ibu ayah pulun kerja dahulu ya sayang,” katanya dalam Threads.

Pada masa sama, pelakon drama Rampas Cintaku itu meminta Aisha untuk melepaskan rindu bermain dengan sepupu-sepupunya terlebih dahulu sementara menunggu kehadiran adik kandung sendiri.

“Aisha gomol saja adik-adik sepupu dulu ya sayang,” katanya.

Aisha merupakan anak hasil perkahwinan Fasha bersama pemilik nama lengkap Mohd. Aidil Abdul Aziz.

Sebelum itu, Fasha memiliki dua lagi cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 13, dan Putri Raysha Jemyma, 12, hasil perkahwinan dengan Rizal Ashram Ramli. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok