‘Ramai suka menunjuk, sewa kereta mewah tapi ‘kosong’

PENYANYI Ariff Bahran menyifatkan budaya menunjuk-nunjuk kemewahan demi meraih perhatian ketika pulang ke kampung halaman sebagai sesuatu yang tidak perlu dan memalukan.

Ujar Ariff atau nama sebenarnya Muhammad Ariff Bahran Ahmad Azhari, 28, sikap berlumba-lumba mempamerkan gaya hidup mewah terutama ketika musim perayaan hanya mencetuskan persepsi palsu tentang realiti kehidupan.

“Balik kampung masa raya dan sewa kereta mewah? Maaf, memang ‘cringe’.

“Di kampung cuma ada adik-beradik sendiri, nak tunjuk pada siapa?” katanya dalam Threads.

Tambah pelantun lagu Juara Dusta itu, trend menunjuk-nunjuk semakin membimbangkan kerana ramai sanggup berbelanja di luar kemampuan demi menjaga.

“Ramai rupanya suka menunjuk, tapi hakikatnya kosong.

“Hati-hati semua, sekarang dunia penuh kepalsuan,” ujarnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata bersetuju dengan pandangan Ariff selain menganggap mesej disampaikan sangat relevan dengan realiti masyarakat masa kini.

“Betul, buat apa susah-susah berhutang semata-mata nak nampak kaya.

“Lebih baik balik kampung dengan tenang daripada sibuk kejar pujian orang.

“Kadang-kadang yang nampak biasa itu sebenarnya paling bahagia,” antara komen tulis netizen.

Namun, terdapat juga segelintir berpendapat setiap individu berhak menikmati hasil usaha sendiri tanpa perlu dinilai orang lain. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok