Neelofa diminta tegur adik-beradik sendiri

SELEPAS pendakwah bebas, PU Haris ditegur netizen secara berjemaah, kini giliran isterinya, Neelofa pula disarankan menegur ahli keluarga sendiri dahulu sebelum mahu menasihatkan orang lain.

Bagaimanapun kata Neelofa, masyarakat sering menilai tanpa memahami situasi sebenar dan menganggap seseorang itu tidak melakukan ‘kerja’ meskipun sebagai adik-beradik. 

Bagi mengelakkan salah faham, ibu kepada dua cahaya mata itu memperjelaskan bahawa teguran kepada adik beradik sudah dilakukan, namun terbatas atas sebab-sebab tertentu.

Sempadan atau ‘boundaries’ dalam hubungan kekeluargaan itu perlu ada agar tidak berlaku salah faham sebab masing-masing pun ada orang yang menanggung. 

Itulah, Diva pun awalnya kurang faham tetapi selepas baca dua tiga kali, baru jelas dengan apa yang cuba disampaikan Neeolofa. 

Bukan dia tak tegur, tetapi apabila sampai satu tahap, dia terpaksa memperlahankan nasihat kerana ada lain yang lebih berhak bersuara.

DIVA: Ada personaliti popular terkait kes cabul, betulkah?



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok