Hentikan spekulasi, rumah tangga Tom-Fuad masih utuh

GARA-GARA meluahkan perasaan dalam media sosial, ramai menyangka rumah tangga penyanyi Tom dan suaminya, Fuad Rahman kini sedang berantakan.

Seingat Diva, mereka dikurniakan cahaya mata yang kini berusia dua tahun selepas lebih tiga tahun bergelar suami isteri.

Sejujurnya, Diva sendiri terkejut baca hantaran penyanyi berusia 44 tahun itu yang mengakui penat menjadi dirinya, namun tidak diperincikan dengan lebih jelas.

Menurut suaminya pula, mereka memang tinggal berasingan kerana masing-masing terikat dengan kerja di mana Fuad di Melaka, manakala Tom di Pahang.

Begitupun katanya, mereka saling berhubung setiap hari. Kalau benar bagai dikata, peminat jangan risau. Kita doakan saja kesejahteraan pasangan ini.

DIVA: Tak sabar tunggu Dayang Nurfaizah kongsi berita gembira.



Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok