Bas kami terlanggar kereta – Erma Fatima kemalangan di Madinah

MALANG tidak berbau, penerbit tersohor Erma Fatima dan personaliti televisyen Saiful Nizam berdepan detik mendebarkan apabila bas persiaran dinaiki mereka terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan menuju ke Masjid an-Nabawi, Madinah, malam tadi.

Ujar Saiful atau Nama sebenarnya Saiful Nizam Ismail, 44, insiden berlaku sekitar pukul 9 malam selepas rombongan pulang daripada lawatan ke kebun kurma.

“Bas yang kami naiki terlanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Masjid Nabawi selepas balik melawat kebun kurma.

“Alhamdulillah mujur semuanya selamat dan tiada kecederaan apa-apa.

Penumpang ketika itu dalam bas ada kira-kira 20 orang termasuk Erma. Paling penting syukur tiada yang cedera’,” katanya.

Tambahnya, walaupun cemas, insiden tersebut tidak menjejaskan perjalanan ibadah dan aktiviti ziarah rombongan.

“Apa yang berlaku akan jadi kenangan manis sepanjang ziarah kali ini.

Mujur tiada perkara serius. Kami semua baik-baik sahaja dan meneruskan aktiviti seperti biasa,” ujarnya.

Sementara itu, Erma turut berkongsi kejadian berkenaan menerusi Instagram dengan kapsyen ringkas beserta video situasi selepas kemalangan.

Bas kami terlanggar kereta di hadapan, mungkin bergerak terlalu perlahan.

“Kenangan manis di Madinah,” tulisnya.

Perkongsian tersebut pantas meraih perhatian netizen yang rata-rata meluahkan rasa lega apabila semua penumpang selamat selain menitipkan doa agar urusan ibadah mereka dipermudahkan sepanjang berada di Tanah Suci – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok