3
DATUK Seri Aliff Syukri memang tak pernah sunyi dengan konten yang menggeletek hati netizen.
Terbaharu, isterinya, Datin Seri Shahida membuatkan ramai terhibur apabila menyamakan nyanyian suaminya dengan suara watak Giant dalam siri animasi Doraemon.
“Dulu masa kecil selalu tengok Giant dalam cerita Doraemon.
“Tak sangka ya dulu suka-suka tengok, sekarang betul-betul depan mata. Yang nak rakam pun tak sanggup dengar,” katanya.
Sementara itu, ruangan komen dibanjiri dengan kata-kata semangat netizen buat Shahida yang menjadi individu terawal mendengar Aliff merakamkan lagu raya baharunya.
“Datin kena kuat, respect sebab setiap tahun kena hadap tanpa gagal.
“Song of the year bakal diperdengarkan, bersedia semua!” seloroh netizen.
