AKTRES popular, Emma Stone mengakui tidak memiliki sebarang akaun laman sosial bagi mengelakkan gangguan kesihatan mental.
Bintang Hollywood berusia 37 tahun itu lebih selesa menjalani kehidupan tanpa terikat dengan komen mahupun kritikan terbuka netizen.
Bagi Stone, kehidupan peribadi tidak perlu dipertontonkan yang hakikatnya membuka ruang kepada orang luar untuk menghakimi kehidupannya.
Alasan saya tidak punya Instagram terlalu takut dengan kesihatan mental terjejas, namun saya masih menikmati konten orang lain,” ujarnya.
Dalam wawancara dengan Rolling Stone, pelakon filem Bugonia itu menegaskan belum lagi terbuka untuk meluncurkan web gaya hidup seperti kebanyakan selebriti lain.
Meskipun tampak menjauh dari media sosial, wajah Stone masih mewarnai pelbagai iklan dan kempen berkaitan web mahupun hal berkaitan laman sembang.
Baginya, setiap orang mempunyai pilihan masing-masing malah tidak bermakna keputusan tanpa laman sosial menandakan dia individu terbaik berbanding orang lain.
