Bukan horror klise, ‘hubungan toksik’ alam ghaib

Filem ‘horror supernatural’ Indonesia, Maryam: The Untold Story arahan Azhar Kinoi Lubis ditayangkan di pawagam tahun lalu, namun kini trending nombor satu di Netflix. Filem berkenaan berinspirasikan kisah benar dari podcast Lentera Malam.

Mengisahkan tentang Maryam lakonan Claresta Taufan Kusumarina sejak kecil dihantui jin kafir yang mengaku mencintainya melalui surat-surat misteri tidak boleh dimusnahkan.

Unsur ‘ikatan jiwa’ dan romansa gelap  jadi konsep utama. Bukan hantu biasa tapi perhubungan toksik dari alam ghaib.

Persembahan Claresta cukup kuat, pamerkan ketakutan, trauma dan konflik dalaman dengan baik.

Babak Maryam dirasuk jin kafir yang mendampinginya sejak kecil.

Azhar Kinoi bijak membina suasana seram melalui reka bunyi meresahkan, suasana gelap dan jump scare (kejutan) yang bukan murahan.

‘Pacing’

Visual sinematografi juga sangat memuaskan untuk bajet sederhana; lokasi rumah kampung jadi sangat menyeramkan.

‘Pacing’ agak perlahan di tengah, buat sesetengah penonton rasa bosan sebelum klimaks.

‘Twist’ akhir boleh diramal bagi peminat kisah seram lama, tapi masih beri impak emosi.

Tema trauma kanak-kanak, ‘gaslighting’ diri dan ikatan tak kelihatan disentuh dengan baik, ditambah elemen budaya Islam dan jin.

Reka bunyi antara kekuatan terbesar, bisikan, langkah ghaib dan senyap tiba-tiba buat bulu roma meremang.

Rating IMDb sekitar 6.5/10 nampak adil. Bukan masterpiece tapi solid dan lebih baik dari purata ‘horror jump-scare’.

Untuk penonton Malaysia, sesuai rating 18SG kerana intensiti psikologi dan seram berat.

Gabung elemen

Secara keseluruhan, filem ni berjaya menggabungkan elemen takut, emosi dan pemikiran tentang cinta obsesif yang tak sihat.

Bagi yang suka horror psikologi slow-burn seperti Pengabdi Setan atau cerita jin moden, patut cuba.

Azhar Kinoi nampak semakin matang sebagai pengarah dengan peluncuran Maryam. 

DIANGKAT daripada kisah benar, Maryam: The Untold Story berjaya mencuri perhatian penonton setia Netflix Malaysia. 

Filem ni bukan untuk yang tidak tahan naratif seram perlahan atau tema jin kafir yang sensitif agama.

Namun, jika mahu pengalaman seram lain daripada biasa dengan pengakhiran buat termenung, ini berbaloi.

Penulis bagi 7/10 kerana menghibur, punya hati, dan ada momen jantung berdegup laju yang tidak membosankan.

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok