‘Luka pembedahan berlubang, bernanah, Ayda menangis sakit’

PENGACARA Nabil Mahir memaklumkan isterinya yang juga penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat kini mengalami komplikasi pada bahagian jahitan di perutnya selepas melahirkan cahaya mata ketiga, Anggun Mikayla pada 26 Januari lalu.

Menurut Nabil, bahagian jahitan itu sedikit terbuka dan bernanah sehingga mereka perlu ke hospital untuk membersihkannya.

“Kelahiran anak ketiga adalah yang paling sakit buat Ayda. Dalam bilik bedah pun, matanya berair tanpa henti.

Ketika ini, perutnya pula berlubang sebab jahitan pembedahannya terbuka. Jadi, setiap hari, kami perlu pantau keadaan kesihatannya.

“Bahagian jahitan itu bernanah. Selang sehari, kami akan pergi ke hospital untuk bersihkan luka, Saya mohon kalian titipkan doa yang baik buat Ayda,” katanya ketika ditemui majlis sidang media Puasa Tetap Puasa & Raya Tetap Raya RTM 2026, baru-baru ini.

Kongsinya lagi, Ayda mula berasa sakit selepas lukanya ‘bocor’ sebelum membawanya ke hospital untuk menerima rawatan.

“Kami perasan perkara itu selepas seminggu Ayda bersalin. Ketika nak alih kaki, tiba-tiba dia dengar bunyi putus.

Mulanya, kami ingatkan dia sakit biasa sahaja. Keesokannya kami nampak ada ‘kebocoran’ pada luka pembedahan, dia memang tak berhenti menangis,” ujarnya.

Terdahulu, Nabil dan Ayda mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021 dan kini mereka sudah dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ana Nayla, Aali Mateen dan Anggun Mikayla. – HIBGLAM

NABIL memaklumkan jahitan pada perut Ayda yang melahirkan anak ketiga mereka baru-baru ini terbuka dan bernanah.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok