‘Tak sebut nama pun, siapa makan cili dia terasa pedas’

“SEBENARNYA tak membabitkan apa-apa yang besar pun, cuma ‘attitude’, (sikap).”

Demikian jawapan penyanyi Iman Troye mengenai impak terhadap dirinya sehingga memuat naik hantaran perasaan kurang senang berduet dengan seorang usahawan pada tahun lalu.

Tidak ditujukan kepada sesiapa, pemilik nama lengkap Siti Nur Alyssa Sahabudin, 24, itu memaklumkan hantaran tersebut hanyalah luahan rawak tanpa niat memburukkan sesiapa.

“Saya rasa itu cuma ‘thoughts’ (pemikiran) yang saya kongsi.

Tak ‘mention’ nama sesiapa pun dan saya tak tuju pada siapa-siapa.

“Tapi kalau dia terasa mungkin dia tahu itu dia,” katanya ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen di KWC Fashion Wholesale Mall di Pudu, semalam.

Tidak berniat menyakitkan hati sesiapa, pelantun lagu Teman itu memaklumkan perasaan tersebut timbul semasa sedang menyiapkan projek lagu raya terbaharu sehingga terkenang kembali memori lama.

“Kami tengah buat single raya dan bila ‘rewind’ saya rasa banyak memori tahun lalu. Jadi bila ingat dengan siapa saya bekerjasama, saya terkenang.

“Saya cuma kongsi dan tak ada niat nak memburukkan sesiapa.Saya tak tuju kepada siapa-siapa.

Kalau dia terasa, saya tak boleh cakap apa, siapa makan cili dia rasa pedas. Kalau ada terasa, saya minta maaf, tapi saya tak sebut nama dia pun,” jelasnya.

Sebelum ini, Iman menyifatkan duet bersama seorang ‘founder’ (usahawan) adalah satu keputusan yang paling teruk dilakukannya pada tahun lalu.

Menerusi komen, ramai yang menduga usahawan yang dimaksudkan Datuk Seri Aliff Syukri.

Aliff Syukri turut menggunakan video luahannya itu dan menyuarakan perasaan kurang senang dalam media sosialnya.

Bagaimanapun ada yang menyifatkan sekadar gimik sebelum tampil dengan sebuah lagi lagu raya duet. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok