‘Sudah habis idah’ – Mimie Haris bercerai kali ketiga

HAMPIR empat tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pengacara Mimie Haris mengesahkan sudah bercerai dengan ahli perniagaan, Khairril Anuar Md Dahilin.

Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris, 37, berkata, statusnya perlu didedahkan bagi mengelakkan fitnah, selain ingin fokus terhadap anak mereka.

“Bagi mengelakkan fitnah dan salah faham pada masa akan datang, saya sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dengan bapa kepada anak saya.

Tiada apa-apa lagi yang perlu diperkatakan. Kami berdua sedang meneruskan kehidupan masing-masing.

“Kami juga cuba untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak kami,” katanya menerusi pengumuman di platform Threads.

Tidak memperincikan butiran perceraian, begitupun bakat yang dicungkil daripada pertandingan realiti MyStarz LG itu mengakui sudah habis idah.

Saya juga sudah tamat tempoh idah. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baharu,” ujarnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kakiku Kaku itu berkahwin dengan Khairril pada 16 Oktober 2022 dan dikurniakan dua anak lelaki.

Mimie pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan 2020, namun jodohnya tidak panjang. Kedua-dua perkahwinan itu tidak dikurniakan zuriat. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok