“SAYA tak buncit tetapi hamil.”
Demikian perkongsian pelakon Nad Zainal apabila ramai bertanya mengenai perubahan bahagian perutnya yang membuncit.
Menurut Nad, 35, perkara tersebut dikongsinya selepas menerima teguran tentang bentuk fizikalnya dan mengakui perutnya buncit bukan disebabkan pemakanan.
Ada orang tegur perut. Malaslah nak umum, sudah anak nombor empat.
“Tapi cuma nak beritahu, saya buncit bukan fasal makanan,” katanya.
Perkongsian tersebut meraih respons netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah selain mendoakan fasa kehamilannya dipermudahkan.
Terdahulu, Nad dan suami yang juga pelakon, Ungku Ismail mendirikan rumah tangga pada 23 Januari 2023 dan dikurniakan anak lelaki, Indera Puteh kini berusia tiga tahun.
Nad sebelum ini pernah berkahwin dengan Muhammad Faliq Amirudin pada Disember 2015 tetapi disahkan bercerai pada tahun 2022.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom. – HIBGLAM
