Saya mengidam jalani penggambaran – Eyka Farhana

KALAU orang tanya apa yang paling mengidam masa hamil, saya nak menjalani penggambaran, seronoknya kembali ke set!”

Demikian perkongsian pelakon Eyka Farhana yang memaklumkan mengidam untuk kembali ke set penggambaran sepanjang tempoh kehamilannya.

Pada masa sama, Eyka atau nama lengkapnya Wan Atiqa Wan Sarmizi, 30, meluahkan rasa syukur apabila anak dalam kandungan seolah-olah memahami kerjaya ibunya sebagai pelakon dengan memberikan tenaga luar biasa.

Bagusnya anak mama, setakat ini awak berkelakuan baik dan bagi mama tenaga penuh untuk penggambaran,

“Mungkin sebab awak mengidam sangat nak tengok mama kembali ke set masa mengandung ini kan?

“Alhamdulillah, mama tak penat dan tak mengantuk sangat. Kalau tidak, asyik nak tidur saja kalau duduk di rumah,” katanya dalam InstaStory.

Sebelum ini, isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid itu berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dirinya kini berbadan dua.

Bagaimanapun, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan itu tidak berkongsi secara terperinci mengenai kehamilannya.

Untuk rekod, Eyka sah bergelar isteri kepada Akhyar pada 2 Mei 2024 dalam sebuah majlis tertutup. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok