Anak, isteri jadi ‘bahan’, Hafidz Roshdi bersuara

SETIAP kali muncul konten Hafidz Roshdi dalam media sosial, pasti akan dibanjiri dengan kecaman.

Terbaharu, Hafidz sekali lagi menjadi mangsa kecaman selepas memuat naik video bersama isterinya, Athira Syuhada dalam TikTok.

Dalam ruangan komen, ramai yang masih menghentam dan membanding-bandingkan Athira dengan bekas isterinya, Shuhada Mat Shukri.

Tapi paling Diva tertarik melihat Hafidz rancak berbalas komen dengan netizen.

Nasib muka baby ikut ayah,” komen netizen.

Kemudian komen tersebut dibalas Hafidz yang melahirkan rasa syukur anaknya dilahirkan normal tanpa sebarang kekurangan.

Muka mak atau ayah, kenapa ye kak? Dua-dua alhamdulillah sempurna, setakat ini tiada cacat cela,” balasnya.

Tapi bagus juga Hafidz memilih untuk membalas komen netizen sekali-sekala. Perlu juga mempertahankan keluarga terutama anaknya yang baru berusia setahun.

DIVA: Ramai puji Shuhada yang berjuang sendirian membesarkan dua anak di luar negara.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok