Bukan rahsia lagi, saya juga berhak bahagia – Anna Jobling

TERBUKA berkongsi kemesraan dalam media sosial, pelakon Anna Jobling mengakui percintaannya dengan aktor Indonesia, Karel Susanteo bukan lagi rahsia.

Anna atau nama lengkapnya Anna Ellisa Gustin Jobling binti Abdul Rahman Jobling, 26, bahkan turut mengakui bercuti bersama jejaka itu di Amerika Syarikat bulan lalu.

“Kami bercuti di Amerika Syarikat tetapi bukan berdua. Bersama dengan teman-teman dan keluarga. Bila sudah penat bekerja sepanjang tahun ‘back to back’ jadi saya ambil masa untuk bercuti.

Saya terbuka berkongsi momen bersama. Ia bukan lagi rahsia. Tetapi saya juga punya kehidupan privasi. Apa yang saya rasa saya nak kongsi saya akan kongsi. Tiada apa yang perlu saya malukan.

“Apa yang boleh saya katakan doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga berhak untuk bahagia begitu juga dengan yang lain,” katanya ketika ditemui di sidang media pelancaran koleksi terbaru Tomei, hari ini.

Ditanya tentang respons peminat yang merestui dan gembira melihat dia diulit bahagia bersama jejaka terbabit, kata Anna dia hanya mampu mengucapkan rasa syukur.

Alhamdulillah. Apa yang kami mahukan adalah doa yang baik-baik daripada semua. Saya baca komen-komen peminat ada yang sangat ‘sweet’ tetapi ada juga yang tak setuju. Tetapi saya ‘ignore’ sahaja,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Anna Jobling sekali lagi dipilih sebagai duta jenama barang kemas Tomei. Tahun ini merupakan tahun ketiga aktres jelita itu menjadi wajah untuk kempen raya jenama itu.

“Alhamdulillah saya masih lagi kekal sebagai duta. Tahun ini kita ada banyak koleksi dan rekaan yang cantik khusus untuk hari raya Aidilftiri.

“Sebagai seorang yang sukakan barang kemas, sudah tentu saya teruja untuk beraya bersama rangkaian koleksi Tomei,” katanya. – HIBGLAM

SHIDDIEQIIN ZON

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok