Gaun dedah bahu tersalah potong – Watie Hanifiah

GAUN dedah bahu anak tiri mengundang kecaman, usahawan Watie Hanifiah memaklumkan berlaku kesilapan terhadap rekaan persalinan ditempah untuk Thalita yang tidak sempat diubah pada saat akhir.

Katanya, pemakaian tersebut juga ditegur suaminya, Shuib serta ahli keluarga lain yang berpendapat gaun tersebut tidak sesuai digayakan remaja seperti Thalita.

“Kes hari itu, sebenarnya baju tersebut tidaklah diminta sebegitu, Thalita minta potongan sampan tapi bahagian bahu terpotong ke bawah sedikit.

“Pada hari itu pun ramai saja yang tegur termasuk ahli keluarga. Daddy (Shuib) pun tegur, dia harap Thalita tak pakai baju sebegitu dah. Sebab baju Thalita saya yang uruskan,” katanya dalam sesi siaran langsung di TikTok.

Menerusi sesi sama, Watie atau nama lengkapnya, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah turut menjelaskan insiden yang meraih perhatian ramai itu menjadi pengajaran buat remaja berusia 12 tahun itu untuk lebih peka dalam pemilihan pakaian.

“Saya izinkan dia pakai. Bila dia dah pakai, dia sendiri nampak apa yang orang kecam.

“Biarlah dia nampak semua itu, jadi lepas ini Thalita boleh fikir dan buat keputusan sendiri dari segi pemakaian.

Bila kita halang, budak sebesar Thalita ini akan memberontak,” ujarnya.

Pada masa sama, katanya anak gadisya itu juga pernah meluahkan hasrat untuk bertudung namun remaja juga berdepan situasi yang berbolak balik.

Menurutnya, perubahan keinginan Thalita berlaku secara semula jadi, selari dengan persekitaran berbeza yang dilaluinya apabila semakin meningkat usia.

“Dulu Thalita pernah cakap nak pakai tudung, tapi bila besar sikit, ada keinginan lain dan persekitaran pun bertukar.

Dia ada keinginan lain pula, nak cuba pakai baju-baju lain. Bila saya tak bagi, daddy tegur. Sebab saya dulu pun seksi juga.

Kalau kecaman itulah yang membuatkan Thalita tak mahu pakai seksi dah, kenapa tidak? Kalau sebab itu boleh menjadikan kita lebih baik, salah ke?” katanya lagi.

Penjelasan ini susulan kecaman yang dilemparkan terhadap anak tirinya berhubung busana yang dipakai pada majlis ‘gender reveal’ minggu lalu. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok