Fasha Sandha tanggal tudung dalam drama, Aidil Aziz kunci mulut

 Pelakon Aidil Aziz mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang komen berhubung dakwaan isterinya Fasha Sandha tidak bertudung dalam drama Doa Yang Terlindung yang kini sedang ditayangkan menerusi slot Akasia TV3.

Menurut Aidil, 38, isu tersebut terlalu peribadi untuk dibincangkan secara terbuka selain mengakui tidak membaca sebarang komen yang diberikan orang ramai dalam media sosial.

Saya tiada sebarang komen, ‘no comment’ dan tidak boleh beri sebarang penjelasan, mohon maaf sangat-sangat.

“Komen-komen netizen juga saya tidak baca dan tidak ambil tahu langsung. Saya anggap perkara ini begitu (privasi). Saya tahu drama itu viral dan rezeki Fasha naskhah tersebut meletup,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan kandungan Ramadan Astro di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aidil berkata, dia dan Fasha sentiasa berbincang secara terbuka sebelum menerima sebarang tawaran lakonan.

“Saya dan Fasha memang sering berbincang setiap kali menerima tawaran lakonan sebab perkara paling kami tekankan adalah mesej dalam naskhah yang ingin disampaikan kepada penonton.

“Sebagai pelakon, itu merupakan tanggungjawab kami untuk sampaikan mesej. Bukan main pilih sahaja kerana semakin kuat mesej, semakin berat tangunggjawab seorang pelakon.

“Sebab itu saya setuju dia menerima tawaran untuk drama tersebut, kalau tidak setuju tidak mungkin dia akan buat,” jelasnya.

Terdahulu, adegan Fasha tidak mengenakan hijab menerusi episod 19 drama Doa Yang Terlindung yang disiarkan di slot Akasia TV3 mengundang kritikan ramai.

Sebelum ini, Fasha bagaimanapun tidak pernah mengumumkan secara rasmi sama ada dirinya sudah berhijab sepenuhnya atau tidak. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok