Pelakon dan usahawan terkenal, Datuk Rosyam Nor menafikan isu melibatkan pelatih industri ‘intern’ yang dikatakan mengalami ‘anxiety’ (kebimbangan melampau) gara-gara sikapnya adalah gimik pemasaran semata-semata.
Menurut Rosyam atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 59, perkara itu memang berlaku tetapi dia ada sebab tersendiri kenapa dia bersikap sebegitu.
“Sebenarnya ‘intern’ tersebut menggunakan gambar saya tanpa kebenaran bagi tujuan promosi perniagaan alat bengkel.
“Apabila ada motosikal rosak, mereka baiki dan gunakan gambar saya tanpa izin. Itu yang membuatkan saya marah,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan duta ACGAS, di sini, hari ini.
Gara-gara insiden itu, siapa sangka akhirnya Rosyam diberikan peluang untuk menjadi rakan kongsi perniagaan tersebut.
“Mereka yang buat ‘marketing’ itu. Tetapi saya bernasib baik kerana diberi rezeki untuk menjadi rakan kongsi. Bila saya ‘hentak’, sekarang saya sudah menjadi ‘partner’ mereka. Namun apa yang viral itu memang betul saya marah,” jelasnya.
Sebelum ini tular dalam aplikasi Threads apabila individu mendakwa seorang pelatih ‘intern’ mengalami ‘anxiety’ gara-gara dimarahi Rosyam. Malah, rakaman suara aktor itu menengking pelatih tersebut juga FYP (tular) dalam aplikasi TikTok.
Dalam perkembangan lain, Rosyam bersama Erra Fazira dilantik menjadi duta kepada jenama tong gas, ACGAS.
Pelakon filem KL Gangster 2 itu di berbangga kerana perkenalannya dengan jenama tong gas itu bermula sebagai penaja kepada siri podcast kendaliannya bersama Erra. – HIBGLAM
