MEDIA sosial sejak semalam kecoh apabila tular video memaparkan seorang pelakon wanita berstatus ibu tunggal dikatakan mengunjungi sebuah kelab malam di Sarawak baru-baru ini.
Kelibat pelakon berkulit cerah itu dilihat dalam video tersebut yang turut dikawal sekumpulan pengawal keselamatan peribadi.
Tidak menyembunyikan wajahnya, pelakon yang mempunyai dua cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu itu dilihat sempat melambai membalas sapaan peminat yang menegurnya dalam pusat hiburan tersebut.
Difahamkan, video tersebut dimuat naik peminat pelakon tersebut yang berada di pusat hiburan sama.
“Minat sangat dengan artis Malaysia ini sejak saya zaman anak dara lagi,” kata pemilik video berkenaan.
Rata-rata netizen mengakui tidak terkejut selain berpendapat kehadirannya ke premis tersebut adalah untuk berhibur bagi menghilangkan tekanan.
“Bersangka baik, mungkin dia stres dan pergi kelab malam untuk tenangkan diri.
“Biarlah hidup masing-masing, mugkin juga dia ada penggambaran di situ,” komen netizen. – HIBGLAM
