3
“MEERQEEN ada kembar?”
Itu yang berlegar dalam media sosial selepas tular beberapa video memaparkan seorang remaja lelaki asal Sabah yang dikatakan mirip bintang filem Klepet itu.
Bukan sahaja dianggap kembar, ada juga yang salah sangka bahawa remaja itu merupakan adik Meerqeen. Rata-rata berpendapat remaja yang menggunakan akaun TikTok @Riy An sememangnya layak digelar Meerqeen ‘junior’ kerana memiliki senyuman dan wajah seiras.
“Dia Meerqeen versi belum habis baligh. Sama betul muka!
Sumpah muka sebiji Meerqeen. Ingatkan adik-beradik.
“Tak dapat Meerqeen, yang ini pun jadilah, sedap mata memandang,” komen netizen. – HIBGLAM
