Muncul suara, seperti ada iblis dalam kepala – Paris Hilton

SIAPA sangka selebriti, sosialit terkemuka yang juga pewaris rangkaian hotel terkemuka, Paris Hilton berdepan masalah gangguan mental RSD atau rejection sensitivity dysphoria (RSD) iaitu emosi melampau berdepan penolakan.

Perkara itu didedahkan selepas dia didiagnosis mengalami Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD) serentak RSD ketika usia 20-an.

Hilton yang kini berusia 44 tahun berkata, RSD membuatkan seseorang itu hidup dalam emosi negatif yang ekstrem walaupun hanya berdepan hal kecil seperti kurang dipedulikan.

Kadangkala tiada apa pun isu serius tetapi dalam fikiran saya muncul pelbagai suara memperkatakan hal negatif. Seperti ada iblis di dalam kepala,” katanya dalam satu wawancara.

Akuinya lagi, menerusi ujian klinikal sememangnya wujud pertalian antara RSD dan ADHD yang boleh tercetus secara pantas berikutan tekanan sekeliling. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok