‘Kalau saya tak pertahan anak, siapa lagi?’

PELAKON dan usahawan terkenal Nur Fazura mengakui terluka apabila melihat anaknya, Nur Fatima Aisya, 6, sering menjadi mangsa kecaman netizen.

Menurut Fazura atau nama lengkapnya Nur Fazura Sharifuddin 43, anaknya bersama bekas suami, Fattah Amin itu sering dijadikan bahan umpatan netizen sejak lahir.

“Sebenarnya perkara ini berlaku sudah lama. Sejak Fatima lahir lagi dia sudah dicerca dan dikecam. Waktu dia kecil dia tak pandai nak sebut nama dia. Jadi dia sebut Nyamma. Tapi orang ejek nama dia nyam nyam bek dan Myanmar.

“Itu belum lagi orang cakap dia ‘barua’ dan menyemak. Tak patut berada di situasi tertentu la. Sedangkan saya dah beri kebenaran untuk dia berada di majlis itu.

“Sebagai ibu saya rasa marah dan terluka. Jadi saya pertahankan anak saya. Kalau saya tak pertahankan anak saya, siapa lagi yang nak buat begitu. Nanti bila dia dah besar dia akan tengok siapa yang pertahankan dia,” katanya ketika ditemui pada majlis ‘meet and greet’ bersama wajah-wajah Jakel, di sini, hari ini.

rasa syukur apabila kerjasamanya bersama Jakel menerusi koleksi Fazura X Jakel mendapat sambutan hangat daripada pembeli.

“Semua ini adalah kuasa dan rezeki Allah. Bukannya penangan saya seorang. Saya memang tak jangka sambutan yang diberikan sangat hebat. Ada tiga rekaan yang sudah ‘sold out’,” jelasnya.

Sesi ‘meet and greet’ yang berlangsung di Jakel Mall itu turut disertai oleh tiga lagi duta Jakel yang lain iaitu Elly Mazlein, Cik Epal dan Ammar. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok