PASANGAN pelakon Rezda Rosli dan Bella Hanna selamat menimang anak sulung mereka pada 13 Januari lalu.
Bella atau nama asalnya Farhana Nabila Rosman, 30, bersyukur dengan kelahiran anak lelaki yang diberi nama Muhammad Aydrean Raess.
“Bismillah, masya-Allah. Daripada doa yang tidak terhitung kepada tangisan kecil yang halus.
Alhamdulillah, rahmat terbesar kami akhirnya kini berada dalam pelukan, Muhammad Aydrean Raess pada 13 Januari 2026,” katanya dalam hantaran Instagram.
Dalam masa sama, pelakon drama Luruhnya Bunga Cinta itu menyifatkan kehadiran cahaya mata sulung itu sebagai satu dimensi baharu yang melengkapkan lagi fasa kehidupannya bersama suami.
“Satu cinta yang tidak pernah kami sedari kewujudannya sehinggalah Allah menempatkanmu di dalam dakapan kami.
Setiap doa membawa kepada kamu. Setiap penantian sangat berbaloi demi kamu.
“Kami sangat menyayangimu, ‘little bear’,” katanya lagi.
Sebelum ini, Bella dan Redza mengumumkan bakal menimang cahaya mata dalam sebuah majlis ‘gender reveal’ (pengumuman jantina bayi).
Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Jun 2024. – HIBGLAM
