‘Waktu saya akan tiba, tahun ini sangat bermakna, istimewa’

AHLI parlimen Muar, YB Syed Saddiq menafikan dakwaan kononnya dia sudah mengedarkan kad udangan perkahwinannya dengan Bella Astillah seperti yang tular baru-baru ini.

Menurut Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 33, video viral yang menunjukkan dia memberikan sesuatu sewaktu di parlimen itu bukanlah kad undangan perkahwinan sebaliknya permohonan mewakili rakyat Muar.

Saya nak bercakap jujur, bila kad itu disampaikan di parlimen, itu sebenarnya adalah permohonan saya mewakili orang Muar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

“Itu adalah tugas saya untuk sampaikan kepada kepimpinan negara. Ini adalah tanggungjawab hakiki saya,” katanya ketika ditemui di majlis The Raya Table by Dr Cardin, semalam.

Tambah Saddiq lagi, jika benar kad undangan perkahwinannya sudah siap satu hari nanti, dia pasti akan maklumkan semua.

“Kalau betul ada kad undangan perkahwinan, anda semua akan tahu. Jangan risau. Waktu saya akan tiba. Saya rasa perkara ini pun bukan perkara baru bagi saya dan wanita istimewa, Bella.

Saya selalu minta untuk doakan saya. Kerana dia itu sangat penting. Insya-Allah tahun ini tahun yang sangat bermakna dan istimewa,” jelasnya.

 

Bercakap tentang pembabitannya dalam pertunjukan fesyen Dr Cardin, kata Saddiq dia bersyukur kerana sudah empat kali terlibat dengan jenama sepatu lokal terkemuka itu.

“Saya di sini untuk memberi sokongan kepada Dr Cardin. Ini adalah pembabitan saya yang keempat. Kali ini saya mempromosikan sandal lelaki sempena koleksi lebaran.

“Saya kagum dengan jenama ini yang dulunya hanya dipakai oleh datuk atau ayah kita. Tetapi kini lebih berjiwa muda.

“Saya bersyukur dan berterima kerana masih diberi peluang untuk terbabit dengan pelbagai jenama. Alhamdulillah tahun lepas sahaja saya dapat sumbangkan RM4.5 juta untuk parlimen Muar merangkumi bantuan makanan, komputer riba, biasiswa pendidikan dan banyak lagi yang lain”. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok