‘Dia bangga dia artis, tujuh bulan saya dipukul, dimaki’

BEKAS isteri kepada penyanyi Ejai, Suraya Zainal tampil membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang tujuh bulan bergelar isteri.

Suraya, 41, mendakwa dirinya bukan sahaja didera secara mental, malah fizikalnya turut disakiti setiap kali berlaku perselisihan faham dengan vokalis kumpulan Azarra Band itu.

“Selama tujuh bulan kahwin, dia dera mental dan fizikal saya. Saya hidup dalam ketakutan, takut diceraikan. Saya tak boleh tegur, kecil hati, bersuara sebab akan jadi perselisihan faham dan bergaduh.

Perkataan yang akan keluar dari mulut dia ‘cerai’ dan setiap kali itu dia akan maki, hina, dan pukul saya tanpa belas ihsan.

“Dia rendah-rendahkan maruah saya panggil saya janda bodoh, tiada pelajaran dan boleh dapat lebih baik dari saya. Dia akan bangga diri dia artis, ada nama sedangkan saya dianggap bawah tapak kaki dia,” katanya kepada HibGlam. ‘Dia bangga dia artis,

Berdasarkan laporan polis yang dilakukan, Suraya mendakwa pemilik nama sebenar Azrizal Mohd. Aziz bertindak mencekik leher, menendang dada dan muka, memijak muka serta membantingnya ke lantai.

Bagaimanapun, Suraya mengakui kesilapannya kerana tidak segera mendapatkan laporan perubatan ketika kejadian berlaku.

Saya ada saksi dia pukul saya cuma polis cakap tiada surat doktor, polis tak boleh ambil tindakan.

“Lagi pun, kes dah lama. Silap saya masa dia pukul saya tak pergi ke klinik atau balai polis terus,” ujarnya.

Malah, Suraya juga mendakwa bekas suaminya akan keluar rumah berhar-hari dan menjalinkan hubungan dengan wanita lain setiap kali berlaku perselisihan faham.

“Setiap kali gaduh dia akan keluar berhari-hari dan curang dengan macam-macam perempuan.

Bila pegang telefon, dia buka TikTok semua perempuan separuh bogel yang lalu FYP. Bila saya tanya dia cakap itu kerja.

“Saya cuba padam tapi dua ke tiga hari naik balik. Saya terpaksa terima juga sebab kalau cakap lebih-lebih dia akan maki dan tinggalkan saya berhari-hari.

“Dia lari, saya sanggup pujuk. Berulang benda yang sama sahaja, saya berjuang berhabisan untuk rumah tangga saya tapi akhirnya dia buang saya bila dia rasa dah betul-betul tak perlukan saya,” luahnya.

Ditanya punca pendedahan dilakukan, Suraya memaklumkan bekas suaminya mengugut untuk menularkan kes tersebut selepas enggan membuat pembayaran bil telefonnya yang tertunggak.

Baru-baru ini saya mesej dia suruh bayar bil telefon sebab kena kunci, dia tak bayar. Dia cabar saya buat laporan polis dan tularkan, dia tak takut,” tuturnya.

Difahamkan, Suraya merupakan bekas isteri keenam Ejai selepas berpisah pada 11 Ogos tahun lalu.

Dakwanya, dia bukanlah mangsa tunggal sebaliknya mendakwa kesemua bekas isteri Ejai sebelum ini turut menerima nasib yang sama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok