PENYANYI Sharifah Zarina menegaskan pendedahan mengenai anak perempuannya, Athalia diganggu lelaki berstatus suami orang dalam media sosial bertujuan menghentikan perkara tersebut dengan segera.
Menurut Sharifah Zarina, 44, dia bagaimanapun masih ada perikemanusiaan apabila merahsiakan identiti lelaki itu kerana enggan menjejaskan imej mana-mana pihak terumata isteri pelaku yang dikatakan selebriti popular.
“Dia bukan pelakon atau penyanyi tetapi ahli keluarga selebriti terkenal itu.
Saya tidak pernah rasa nak dedah dan aibkan nama dia, itu bukan tujuan utama.
“Tujuan saya muat naik dalam Threads kerana mahu benda ini dihentikan segera,” katanya kepada HibGlam pada sidang media rancangan raya 2026 TVS, baru-baru ini.
Berkongsi lanjut, Sharifah Zarina menyifatkan tindakan lelaki tersebut keterlaluan apabila berani mengajak Athalia keluar berdua.
Ikutkan hati saya memang nak menghubungi dia tetapi tidak tahu keberadaan dia ketika itu mungkin dengan isteri atau anak. Saya tak sanggup lukakan hati isteri dia.
“Kongsi dalam media sosial adalah cara paling berkesan sebab saya tahu media akan tulis dan nampaknya berhasil,” ujarnya.
Dalam pada itu, dia mengakui terpanggil untuk bersuara selepas lelaki itu mengajak Athalia berdua-duaan di pusat karaoke.
“Dia mengiktui Athalia dalam Instagram, tapi benda itu perkara biasa sebab saya pun kenal keluarga dia. Mula-mula rajin komen dalam InstaStory kemudian mula puji-memuji pula.
Terus berlarutan, dia buat panggilan video. Ingatkan ahli keluarga dia tetapi rupa-rupanya dia nak ajak Athalia keluar ke pusat karaoke.
“Athalia terus beritahu saya sebab dia takut nanti orang tuduh dia menyondol.
Jadi, saya kena fikirkan jalan terbaik sebab kasihan dengan keluarnya yang tak tahu dan tidak syak apa-apa,” katanya lagi.
Sebelum ini, Sharifah Zarina mendedahkan Athalia diganggu suami selebriti terkenal yang kerap meninggalkan komen dalam InstaStory.
Lelaki itu turut didakwa mempelawa Athalia keluar berdua-duaan tanpa anak dan isteri.
Enggan anaknya dilabel sebagai penyondol, dia tampil menegur lelaki tu secara terbuka dalam media sosial. – HIBGLAM
