‘Saya menyesal, kalau boleh putar balik masa…’

MESKIPUN sudah berada di puncak kerjaya sebagai pengacara, pelakon Awal Ashaari mengakui dihinpit rasa kesal dengan  beberapa keputusan yang dibuat ketika zaman muda.

Menurut Awal atau nama lengkapnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 45, sekiranya dapat diulang semula masa, dia tidak akan membuang masa dan  berani mencuba perkara baharu.

“Kalau saya fikir 10 tahun lepas, saya cakap dengan diri jangan buang masa sebab dulu masa muda banyak sangat sia-siakan waktu.

“Dulu saya macam ‘tak apa, kita ada banyak masa lagi’. Orang suruh buat ‘nantilah, fikir dulu tiga atau empat tahun baru buat’, sekarang ini macam tiada masa dah.

Kalau saya boleh putar balik masa, saya akan cakap dekat diri saya masa muda buat saja semua.

“Saya harap dapat putar balik masa untuk buat semua benda yang saya rasa nantilah dulu. Sekarang umur saya dah tak sesuai,” katanya kepada HibGlam.

Tambah suami kepada pelakon Scha Alyahya itu, antara perkara yang paling dikesali adalah sikap bertangguh apabila ditawarkan peluang kerjaya khususnya untuk terlibat dalam pementasan teater.

“Antara yang menyesal tak buat dulu adalah tak mencuba benda baharu. Dulu kalau orang suruh buat teater, saya cakap nanti dulu.

Sampai satu tahap, bila umur sudah begini, tiada siapa mahu ambil saya buat teater lagi.Jadi, berlakon teater adalah perkara yang saya belum ‘tick’ (laksanakan) sepanjang menjadi selebriti.

“Takkan sekarang mahu berlakon watak bapa pula dalam teater? Dah tak seronoklah, masa ada tawaran watak hero dulu, saya tak bersedia,” jelasnya.

Selain kerjaya, Awal juga menyesali keputusan tidak menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Kalau dulu nak melanjutkan pelajaran contoh ke peringkat lebih tinggi tapi saya fikir ‘nantilah dulu, ada duit rileks sikit’.

“Tangguh tapi sekarang bila dah sampai tahap ini nak masuk belajar rasa macam malu,” tuturnya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok