‘Scan dulu lelaki, mereka bakal jadi ayah anak kita’ 

BIMBANG melihat peningkatan kes cerai, pelakon Sharifah Rose mengakui lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup.

Menurut Rose atau nama penuhnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira, 28, pengalaman dalam percintaan sebelum ini menjadikan dirinya lebih matang.

Saya pun dah nak berusia 30 tahun, saya pernah melalui fasa dalam hubungan sebelum ini.

“Bila dah berpengalaman, saya rasa lebih baik ‘scan’ (tapisan) dulu lelaki sebab zaman sekarang pun banyak kes cerai,” katanya kepada HibGlam semasa pelancaran Ramadan Raya 2026: Jwanjih Drama! di TGV Cinema, Suria KLCC, baru-baru ini.

Pada masa sama, pelakon drama Do You Love Me Captain itu mengakui berita keretakan rumah tangga membuatkannya berasa bimbang sekiranya perkara sama berlaku kepada dirinya.

“Hari-hari saya dengar kes itu ini. Saya tak mahu jadi seperti itu.

Kita kena lebih berhati-hati dalam memilih pasangan kerana mereka bakal menjadi seorang ayah kepada anak-anak kita,” ujarnya.

Sebelum ini, Rose memaklumkan sudah berkawan dengan pelakon Ezzrin Loy selama tiga tahun serta saling mengenali hati budi dan hubungan mereka turut diketahui keluarga.

Bagaimanpun, November lalu, Rose mengakui hubungannya dengan Ezzrin tidak lagi serapat dahulu

Beralih perkembangan kerjaya seni, Rose menjadi Friends Of Rara 2026 bagi kempen Ramadan & Raya 2026 TV3 yang bertemakan Sama-Sama Berkat.

Selain Rose, bintang lain yang turut menjadi wajah kepada kempen tersebut ialan Tracie Sinidol, Jazmy Juma, Zairi Aziz, Ariana Yusof, Fiza Sabjahan dan Fedtri Yahya. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok