PELAKON Janna Nick memohon maaf atas keterlanjurannya memberi sebarang komen terhadap isu melibatkan individu lain termasuk Puteri Balqis baru-baru ini.
Janna atau nama penuhnya Nurul Jannah Muner, 31, berkata, dia tidak akan mengeluarkan sebarang komen yang melukan hati mana-mana selepas ini.
Saya mohon ampun dan maaf, saya juga memaafkan semua.
“Insya-Allah saya juga berazam untuk tidak lagi berkata apa-apa yang mungkin tanpa disedari akan menyakiti hati sesiapa,” katanya dalam satu hantaran Instagram hari ini.
Tambah isteri kepada pelakon Dini Schatzman itu,
dia juga terbuka menerima teguran dengan berlapang dada daripada mana-mana pihak sekiranya melakukan sebarang kesalahan pada masa akan datang.
“Andai kata, suatu hari nanti saya terlupa atau terleka, tegur dan marahlah saya. Saya bersyukur atas segala teguran.
Semoga segala ujian yang diberikan Allah SWT akan menjadikan kita manusia yang lebih kuat dan baik pada masa akan datang,” ujarnya.
Terdahulu, nama jannah menjadi topik bualan hangat selepas dikatakan cuba campur tangan isu melibatkan Puteri Balqis dengan Mia Sara Nasuha pada Sabtu lalu.
Namun sebaliknya berlaku apabila Puteri Balqis mendedahkan perkara lain seperti mendakwa Janna juga pernah memberi layanan dingin terhadapnya ketika menjalani penggambaran bersama sebelum ini.
Rentetan itu, Janna turut mengeluarkan kenyataan bersedia bersemuka dengan Puteri Balqis secara online bagi menyelesaikan kemelut antara mereka. – HIBGLAM
