‘Kalau betul Puteri Balqis disaman, saya akan tanggung kos guaman’

MENGIKUTI perkembangan isu Puteri Balqis, pelakon Nur Nilam Ortiz bersedia menghulurkan bantuan kepada aktres terbabit andai dia atau ahli keluarganya berdepan tindakan undang-undang.

Nilam, 46, berkata , dia akan berusaha mendapatkan peguam terbaik selain menanggung semua kos guaman sehingga kes berkenaan selesai.

Kalau betul Puteri Balqis disaman, saya akan bantu lantik peguam yang baik dan menanggung semua kos guaman sehingga selesai semata-mata bagi memastikan dia dan emaknya dipertahankan dengan sebaiknya.

“Orang yang banyak luka kebiasaannya berani bercakap sebab dah terlalu lama diam,” katanya dalam platform Threads.

Usahawan itu turut menyifatkan Puteri Balqis, 19, atau Aqish sebagai anak yang baik serta kental mempertahankan maruah ibunya daripada terus diperlekehkan.

Pada masa sama, Nilam berharap orang ramai tidak berterusan menggugat ketenangan pelakon tersebut serta ahli keluarganya.

“Daripada apa yang saya lihat, Puteri Balqis adalah seorang budak yang baik. Bila melibatkan maruah dan kebenaran, perkara itu memang perlu dipertahankan.

Kalau dia perlukan apa-apa, saya harap dia tahu cara untuk hubungi saya. Tolong jangan ganggu dia, biarkan mereka tenang,” ujarnya.

Terdahulu, Puteri Balqis memaklumkan dia dan keluarganya berkemungkinan berdepan tindakan saman dipercayai akibat kontroversi dengan rakan seindustri yang kini masih hangat diperkatakan.

Dia mendakwa menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp yang menyebut berkenaan tindakan undang-undang.

Begitupun, Pelakon Wanita Terbaik di Asian Television Awards 2014 itu tidak mendedahkan identiti pihak yang mengirimkan mesej tersebut. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok