Wanna Ali mengidam kunyah ais

CERITA tentang wanita mengidam memang perkara normal yang kita selalu dengar dalam kehidupan seharian atau media sosial.

Terbaharu, Wanna Ali yang kini hamil anak pertama turut berkongsi pengalaman mengidam kunyah ais.

Bagi Diva kunyah ais bukan perkara yang teruk pun sebab ramai juga lakukan perkara sama.

“Apa yang kalian mengidam bila hamil? Saya selalu ‘judge’ kakak saya sebab dia suka kunyah ais.

“Sekarang, saya pula yang hari-hari kunyah ais,” katanya dalam Threads.

Tapi setiap wanita hamil memang ada makanan yang mereka mengidam cuma adakalanya memang bukan-bukan sikit.

Harap Wanna tidaklah mengidam benda lain yang pelik. Apa pun semoga kelahiran anak sulung nanti dipermudahkan.

DIVA: Orang lain boleh bersara tapi Datuk Siti Nurhaliza janganlah, sayang, muda lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok