Cinta si jurubahasa, pelakon jadi kegilaan dunia!

MELEDAK! Itu yang berlaku dalam media sosial sejak akhir-akhir ini selepas drama Can This Love Tranlated (CBTLT) mula ditayangkan di Netflix.

Dibintangi Kim Seon-ho dan Go Young-jung, drama 12 episod tersebut meraih pujian ramai kerana mengetengahkan isu kesihatan mental tetapi menghiburkan.

Drama tersebut mengisahkan Joo Ho-jin, seorang jurubahasa yang terjebak cinta lokasi dengan pelakon Cha Mu-hee selepas membantu mengalih bahasa untuk sebuah program televisyen.

Tidak bertepuk sebelah tangan, Mu-hee turut menyimpan perasaan terhadap Ho-jin, namun dalam masa sama, dia berjuang dengan masalah kesihatan mental yang menghantui kehidupan sejak kecil.

Difahamkan, CBTLT kini menghuni carta lima teratas dalam senarai drama paling popular dalam Netflix sehingga hari ini.

Terubat rindu dengan Seon-ho, hero ‘green flag’ semua dah kembali!

“Comel betul gandingan You-jung dengan Seon-ho. Cerita ni tak kosong, sarat mesej positif,” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok