Ammar Ahyan nafi hadir konsert dengan teman wanita

 

ANAK kepada pempengaruh dan usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan dilihat menghadiri Konsert Healing Nite 2026 dengan dua orang rakan wanitanya.

Bagaimanapun, Ammar, 19, menafikan dakwaan mempunyai hubungan istimewa dengan salah seorang wanita terbabit dan menegaskan kehadiran mereka hanyalah atas dasar persahabatan.

“Dia ajak saya teman tengok konsert malam ini sebab ada tiket lebih.

“Kami memang tiada hubungan istimewa, kami dah kenal sejak saya masuk ke kolej.

“Mengenai berpakaian sedondon, kami tak merancang tetapi berlaku secara kebetulan,” katanya kepada HibGlam ketika ditemui pada konsert terbabit di Stadium Merdeka, semalam.

Pada masa sama, Ammar atau nama mesranya Amayan mengakui ibu bapanya mengetahui aktivitinya dan sentiasa mengingatkan agar menjaga tingkah laku.

“Ibu bapa saya tahu kami keluar bersama cuma abah ada berpesan jangan buat benda tak elok, itu saja,” katanya lagi.

Semalam, kira-kira 4,000 penonton yang menghadiri Konsert Healing Nite 2026 di Stadium Merdeka.

Konsert yang berlangsung hampir tiga jam menyaksikan beberapa penyanyi tempatan dan Indonesia seperti Dayang Nurfaizah, Lyodra, Kangen Band, Ella dan Anuar Zain memeriahkan pentas. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok