Los Angeles ‘beracun’, Angelina Jolie mahu pindah

MELALUI fasa perceraian dengan bekas suaminya, Brad Pitt yang pahit dua tahun lalu selepas lapan tahun naik turun mahkamah, pelakon Angelina Jolie berhasrat berhijrah dari Los Angeles.

Dari hal penjagaan membabitkan enam anak mereka sehingga pembahagian harta bernilai hampir RM300 juta termasuk ladang anggur di Perancis membuatkan hidup bintang sensasi terbabit tidak tenang.

Sumber terdekat mendedahkan Jolie, 50, merancang berpindah dari Los Angeles, Amerika Syarikat ke kawasan lain selepas merasakan tempatnya membesarkan anak itu sarat toksik.

Selepas nekad menjual aset, pelakon filem Maleficent itu dikatakan teruja untuk membuka babak baharu dalam hidupnya.

Los Angeles adalah lingkungan yang beracun bagi Angelina. Kini semuanya sudah di depan mata, dia jadi lebih bersemangat dan bertenaga,” kata sumber terdekat.

Difahamkan sudah lama dia mahu berhijrah, namun menunda hajat tersebut disebabkan perjanjian hak penjagaan anak-anak bawah umur dengan Pitt tidak membolehkannya membawa mereka berpindah.- HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok