PELAKON Puteri Balqis menempelak pelakon Mia Sara yang didakwa pernah mengaibkan serta menghina ibunya secara terbuka sehingga menjejaskan kesihatan mental wanita itu.
Dakwanya, tangisan ditunjukkan Mia Sara hanya sebagai cara untuk meraih simpati, sekali gus cubaan menutup sisi buruk yang pernah dilakukan terhadap keluarganya.
“@therealmiasara (Mia Sara) kau menangis beria-ia depan wartawan. Beria-ia kau cerita kau banyak kelebihan yang orang tak tahu.
Ada kau fikir perasaan mak aku, kesihatan mental mak aku waktu kau malukan dia di depan orang ramai? Kau komen mak aku tak didik aku. Kau sebut mak aku,” tulisnya dalam hantaran di Instagram.
Pelakon berusia 18 tahun itu turut mendakwa individu rapat dengan Mia termasuk pengurus serta kenalan lain juga pernah nemperlekehkan ibunya, Norashikin Abdul Aziz.
Sekali gus, Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Televisyen Asia 2014 itu menyifatkan tindakan tersebut sebagai cubaan untuk memerangkap keluarganya.
“Kau dengan kawan kau seekor (seorang) lagi sama saja. Gunakan wartawan dan blog.
Kami diam bertahun-tahun. Tak ada seorang pun tahu. Kau ingat aku lupa? Kau ingat aku bodoh?” ujarnya lagi.
Menerusi hantaran sama Puteri Balqis atau Aqish, 18, turut memuat naik sekeping foto bersana mesej yang memberi pilihan sama ada Mia Sara mahu menyelesaikan isu antara mereka melalui media atau bersemuka.
Kau boleh pilih, sama ada mahu menggunakan wartawan dan blog, atau jumpa aku terus.
Aku tak nak dengar daripada mulut orang,” katanya.
Difahamkan kemelut antara dua pelakon yang menceburi arena lakonan sejak kanak-kanak itu sudah berlaku agak lama namun Puteri Balqis sebelum ini tidak membuka mulut.
Dipercayai pendedahan itu dilakukan selepas Mia Sara atau nama lengkapnya Mia Sara Nasuha, 20, berkongsi kesedihan apabila banyak pihak kini masih menganggapnya sebagai pelakon kanak-kanak. – HIBGLAM
