MELERAIKAN teka-teki ramai, aktres popular Nur Fazura diumum sebagai rakan kolaborasi eksklusif bagi koleksi Jakel Raya 2026 keluaran jenama tekstil dan fesyen terkemuka Jakel.
Menurut Fazura, 42, dia terharu apabila pihak Jakel sudi menjalin kerjasama dengannya untuk koleksi raya tahun ini.
“Terima kasih kepada Jakel kerana sudi kolaborasi dengan saya untuk koleksi FazuraxJakel. Sejujurnya saya peminat dan pembeli produk Jakel.
“Saya harap kalian suka dengan 51 rekaan yang cantik, elegan patuh syariah dan harga mampu milik.
“Golongan wanita teruskan membeli dan suami pula belanjalah isteri,” katanya pada majlis pertunjukan fesyen Jakel Raya 2026 di sini, hari ini.
Pengumuman tersebut sekali gus menjawab tanda tanga ramai sejak semalam selepas tular video ‘teaser’ yang dimuat naik Jakel dalam media sosial.
Kolaborasi bersama Fazura bukan pelantikan sebagai duta, sebaliknya kerjasama khas eksklusif Jakel 2026, sekali gus mencetuskan fenomena dan keterujaan dalam kalangan peminat serta pemerhati industri fesyen.
Pertunjukan fesyen hari ini turut diserikan dengan kehadiran barisan duta utama Jakel Raya 2026 yang terdiri daripada selebriti dan personaliti terkenal tanah air iaitu Nabil Ahmad dan famili, Achey dan famili, Senario, Cik Epal & Ammar, Elly Mazlein, Kamal Adli dan Que Haidar.
Selain itu, Jakel turut memperkenalkan barisan duta Gen Z Jakel Raya 2026, sebagai usaha mendekati generasi muda dan pelanggan baharu. Antara duta Gen Z itu ialah Lorenzo Irmann, Ara Bella Ellen, Zarif Ghazzi dan Bella Dowanna.
Sementara itu, Jakel melakar sejarah tersendiri apabila buat juling kalinya dalam tempoh lebih 40 tahun penubuhannya menganjurkan pertunjukan fesyen berskala besar. – HIBGLAM
